DEEC GLOBAL SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang ditubuhkan pada 17 Februari 2021 dan berpusat di Taipan, Setia Alam, Shah Alam, Selangor. Syarikat ini berdaftar sebagai Kontraktor CIDB Gred G3, serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). DEEC GLOBAL turut mendapat pengiktirafan sebagai Kontraktor Elektrik Bumiputera 100%, sekali gus membuktikan komitmen kami dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi piawaian industri.
DEEC GLOBAL bergiat aktif dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) dengan menyediakan penyelesaian profesional kepada sektor kerajaan, swasta, komersial dan industri. Kepakaran kami merangkumi pendawaian elektrik, penyelenggaraan penghawa dingin, kerja lampun jalan, kerja lampu hiasan, penyelenggaraan lampu isyarat, kerja power meter, kerja main switchboard, kerja panel solar, penyelenggaraan kabin, kabel bawah tanah, pendawaian feeder pillar, kerja pembinaan sekolah dan lain-lain.
Dengan tenaga kerja yang berpengalaman serta komitmen terhadap kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan, kami sentiasa berusaha memberikan penyelesaian yang cekap, boleh dipercayai dan mematuhi piawaian industri. Berbekalkan kepakaran teknikal, integriti dan semangat penambahbaikan berterusan, DEEC GLOBAL SDN. BHD. komited untuk menjadi rakan strategik yang dipercayai dalam menjayakan setiap projek dengan profesionalisme dan kecemerlangan.
Menjadi syarikat kejuruteraan Bumiputera yang dipercayai.
Memberikan perkhidmatan yang profesional dan berdaya saing.
Menjadi pilihan utama pelanggan dalam sektor kerajaan dan swasta.
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional.
Menyiapkan projek mengikut masa dan spesifikasi.
Meningkatkan kecekapan melalui penambahbaikan berterusan.
MOHD AZNI BIN ZUBI
LEMBAGA PENGARAH
NURUL SYAHADAH BINTI KHAIRUDDIN
LEMBAGA PENGARAH